SALAHUDIN AYUBI BY ABDUL LATIP TALIB
Apabila wafatnya Nabi Muhammad SAW dan selepas perginya negarawan islam yang ulung seperti abu bakar As sidiq dan umar al khatab , umat islam seluruh dunia menjadi mangsa kerakusan dan kedurjanaan musuh musuh Allah . Disembelih , diperkosa , dan diusir dari tanah air sendiri . Pada masa itu umat islam memerlukan pemimpin yang berwibawa seperti Khalid bin Al-walid bagi memulihkan martabat dan maruah umat islam . Ketika itulah muncul Salahuddin Al-Ayubi bagaikan mukjizat nabi . Beliau mampu mengalahkan tentera salib yang kelihatan gagah perkasa tetapi tandus dan kosong jiwanya .
Itu antara sinopsis yang terkandung di dalam novel sejarah islam SALAHUDIN AYUBI : PENAKLUK JERUSALEM
Menyingkap kembali kehebatan dan keunggulan Sultan salahudin ayubi , Kisah seorang budak menjadi pahlawan islam yang digeruni . Tentang pengkhianatan syawur yang bergabung dengan tentera salib , konflik rampasan kuasa , pembelotan dari dalam .